Teks Azan bagi Ahl Sunnah Azan_dan_Iqamat

SebutanBahasa ArabTransliterasiTerjemahan
4xالله اكبرAllah u AkbarAllah Maha Besar
2xاشهد ان لا اله الا اللهAsh-hadu allā ilāha illallāhAku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah
2xاشهد ان محمدا رسول اللهAsh-hadu anna Muhammadan rasūlullāhAku bersaksi bahawa Muhammad adalah Pesuruh Allah
2xحي على الصلاةHayya 'alas-salātMarilah menunaikan solat
2xحي على الفلاحHayya 'alal-falāhMarilah merebut kemenangan
2xالصلاة خير من النومAṣ-ṣalātu khayru min an-naūmSolat itu lebih baik dari tidur*
2xالله اكبرAllāhu akbarAllah Maha Besar
1xلا اله الا اللهLā ilāha illallāhTiada Tuhan selain Allah

*Dilafazkan hanya untuk Azan Subuh.


Azan Dan Iqamat untuk tujuan selain sembahyang

Selain untuk tujuan sembahyang, azan dan Iqamat juga sunat dilakukan untuk beberapa perkara lain:Azan juga sunat dibisikkan ke telinga kanan kanak-kanak (lelaki/perempuan)yang baru lahir, begitu juga sunat diiqamatkan pada telinga kiri. Ini adalah kerana Nabi Muhammad telah mengazankan telinga Hasan ketika beliau dilahirkan oleh Fatimah.

Azan juga digunakan sebagai isyarat untuk memaklumkan umat pada waktu mudarat ataupun bahaya seperti kebakaran ataupun waktu perang. Azan juga sering dilaungkan dalam keadaan gangguan dirasuk jin atau Syaitan.

Azan sebelum Subuh

Nabi bersabda yang bermaksud: 'Bilal akan melaungkan azan di sebelah malam, maka makanlah dan minumlah hingga Ibnu Ummi Maktum pula yang azan.'

lni bererti ketika 'Bilal melaungkan azan, harus bagi orang Islam bersahur, makan dan minum sehinggalah lbnu Ummi Maktum melaungkan azan menandakan masuk waktu sembahyang.

Dalam azan yang pertama disunatkan agar tidak menyebut الصلاة خير من النوم 'sembahyang itu lebih baik daripada tidur.' Ini adalah satu perbezaan yang penting yang dapat membezakan di antara azan yang pertama dan azan yang kedua. Azan dalam bentuk ini disyaratkan pada waktu fajar dan orang ramai akan kenal suara azan pertama dan suara yang lain pada azan kedua.